Halwa Telinga

Friday 16 January 2015

Drama Korea 2

Assalamualaikum semua... (^_^)

Kali nie Mia nak kongsikan satu lagi drama Korea yang best!

Drama ini menceritakan tentang kepolisian yang terdapat banyak konflik dan pada masa yang sama mencerminkan keutuhan dan kesungguhan beberapa orang detektif untuk mencari bukti demi menyelesaikan kes dan seterusnya menegakkan kebenaran tidak kira siapa pun pesalahnya. 
Namun semua itu bukan mudah jika tiada sikap kerjasama yang mana sangat ditekankan pada awal cerita ini oleh ketua detektif. Kes yang telah lama ditutup 11 tahun lepas tetap dapat dirungkaikan dengan kesungguhan dan kerjasama yang ditunjukkan disamping kegeniusan akal fikiran mereka memikirkan strategi-strategi bagi menyelesaikan kes yang wujud. 
Dapat disimpulkan di sini sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga.
Tontonlah sendiri dan anda punya hak untuk menilainya.



You're All Surrounded
Synopsis
Eun Dae Gu (Lee Seung Ki), Uh Soo Sun (Go Ah Ra), Park Tae Il (Ahn Jae Hyun) and Ji Gook (Park Jung Min) - otherwise known as the P4 - are the new recruits in the violent crime unit at Gangnam Police Station. These rookies are neither enthusiastic nor passionate about their new jobs and have joined the crime squad for varying but unbefitting reasons. They are lead by an erratic and hot headed Seo Pan Suk (Cha Seung Won) who wants nothing more than to wash his hand off of the incompetent new recruits. This drama follows the journey of these young cops as they fumble, learn, fall in love and find their way to becoming people the citizens can trust.

notakaki:Mia memang suka tonton cerita kepolisian dan kedoktoran serta cerita kesultanan dahulu. (^_^)

Wednesday 7 January 2015

Drama Korea

Assalamualaikum semua...(^_^)

Mia kembali ke Teratak Mia yang hampir sebulan Mia tinggalkan...

Sebelum tu, Mia nk ucapkan takziah kepada semua mangsa-mangsa banjir khususnya di Kelantan. Semoga tabah menghadapi ujian ini. 

Cuti sekolah lepas Mia ada tonton satu cerita Korea di Youtube yang bertajuk 'Good Doktor'. Cerita ni memang best!! 

Antara yang Mia boleh kongsikan ialah semua orang ada kelebihan dan kekurangan masing-masing. Kelebihan yang kita ada tu perlulah kita kongsikan dengan orang lain dan kelemahan yang wujud dalam diri tu hendaklah dibaiki.

Selain itu, ikhlaslah dalam melakukan sebarang pekerjaan. 
Jangan kerana terpaksa, kerana wang atau apa saja alasan lain. 
Jika kita ikhlas kita akan lebih seronok dan bersemangat dalam pekerjaan kita tu. 
Sesungguhnya setiap amalan itu bermula dengan niat. Kan kan kan...? (^_^)


Good Doctor (굿 닥터)
Synopsis
As a child, Park Shi On (Joo Won) was sent to a specialized care center, where he discovered genius capacities for his autism. Coupled with an exceptional memory and keen spatial skills, the young savant eventually entered pediatric residency, where he developed into a promising surgeon. However, his mental and emotional development seems to have stopped at 10-years-old, which makes for incredible conflicts in and out of the O.R., especially with the hot-headed surgeon Kim Do Han (Joo Sang Wook). Despite warm hearted and fair colleagues like Cha Yoon Seo (Moon Chae Won) and Han Jin Wook (Kim Young Kwang), it’s a fierce and competitive adult world. One cannot simply tell Shi On to “grow up.”
This story also tells the lives of pediatricians who battle daily to help children and their families’ happiness.
Few people are aware of the fact that the pediatric ward exists separately. Regardless, the hardworking individuals there steadfastly deliver on their promise to give their very best. They face arduous challenges daily ranging from surgery on tiny preterm infants as tiny as a pen and on fetuses. These doctors perform amazing feats day in and day out.
“Good Doctor” deals with the struggles and triumphs of pediatricians who are devoted to the cause of saving young lives. Also highlighted in the drama are social issues like medical insurance systems that are flawed and the hospital systems that are geared towards profiteering rather than saving lives, which ultimately affects the working environment of pediatricians.
The show will also throw some important questions along the way as the story unfolds such as “What should grownups do for the betterment of our children.” The children in the pediatric ward are our children, nephews and more. “Good Doctor” seeks to help make the world a brighter place for the children.




Sebelum tu, Mia ada tonton satu lagi cerita Korea yang bertajuk 'The Three Musketeer'. Cerita ini mengisahkan zaman kesultanan dulu-dulu kala. Best gak cerita ni. Input yang disampaikan banyak. Tonton sendiri ye..=D


삼총사 시즌1 / The Three Musketeers (Season 1)
Synopsis
This drama is planned to have 3 seasons with each season consisting of 12 episodes.
This drama is about the deeds of 3 Joseon era heroes – Heo Seung Po (Yang Dong Geun), Ahn Min Seo (Jung Hae In) and Park Dal Hyang (Jung Yong Hwa) who is a young man still preparing for his military examinations.
They will end up becoming the royal warrior guards for Crown Prince So Hyun (Lee Jin Wook). Can the trio protect the Crown Prince from those who wish to kill him?


Sehingga berjumpa lagi. (^_^)


Friday 12 December 2014

Jadilah Siapa Saja

Assalamualaikum semua... (^_^)
Terima kasih kerana sudi singgah di Teratak Mia ini... 
Bacalah kerana Membaca Jambatan Ilmu... 
Hari ini, Mia nak kongsi satu sajak yang menarik untuk dibaca...
Tidak kira siapa anda, kerana anda berhak menjadi siapa saja... 
Namun setiap insan punya tanggungjawab... 
Laksanakan tanggungjawab anda dengan sehabis baik... 
Anda mampu !!!

JADILAH SIAPA SAJA
Jadilah pelaut kau tahu lautan hidup bergelora,
Jadilah petani kau kenali keringat sawah ladang,
Jadilah pengayuh beca kau rasai roda lelah seharian,
Jadilah pemandu teksi begitu perit memperolehi sesuap nasi,

Jadilah penukang atau pengukir belum pasti makmur memahat diri,
Jadilah penoreh getah perhatikan derita susunya di musim hujan,
Jadilah pemanjat kelapa kemana pelepah melambai keadilan,

Jadi pemuzik jadi penggubah jadi penyanyi,
Jadi penulis lirik akan tercantum lagu dunia seni,
Jadi pengarah jadi pelakon jadi pelawak tau harga diri,
Jadi pelukis karyamu alam tidak terhakis siang malam,
Jadi pereka bentuk segalanya melakar manis masam,

Jadi penulis bergelar sasterawan tahu merakam adab,
Jadi pencatat zaman semua seniman berfikir hebat,
Jadi pelajar kau belajar, sebagai pengajar jangan kurang ajar,
Jadi pendidik tugasan guru di tanganmu lahir pemimpin besar,
Jadi pelatih jangan tahu maki herdik oleh letih lesu nafsu marah,
Jadi pensyarah tahu kaedah sedar insaf akan ilmu yang parah,

Jadi perancang di situ berfikir selok belok gerak ekonomi rakyat,
Jadi peguam fasih lidahmu kelak kebenaran hukum terletak,
Jadi komander kau kawal pesawat para penumpang terselamat,
Jadilah siapa saja ikut keupayaan kebolehan diri,
Jadi pemimpin tanggungjawab membangun pertiwi,

Jadi engkaulah penjaga bangsa agar tidak terumbang ambing,
Jadi engkaulah pengawas warga agar tau menafsir musim,
Jadi Perdana Menteri tau berperi sedia berani mati,
Jadi permaisuri di sisi hikmah ceria raja selalu bestari,
Jadi pemaaf seumpama pendakwah terlihat amal makruf,
Jadi penggerak jauhi nahi munkar jasabakti diselangi takruf,
Jadilah kita semua pekerja tahu hidup sebelum mati
Jadikan kematian itu sanya pedoman kembara diri,
Jadi satu cangkir yang setiap kita akan menghirupnya,
Jadi batas dunia dan barzakh di hisab dosa pahala!


Dato’ Hj A.Aziz Deraman
Kuala Lumpur
1 Mei 2002

Pesanan Mia : Harap segala yang baik dapat disebarkan dan dikongsi bersama... Andai ada yang tersinggung, dapat tinggalkan komen sebagai penambahbaikan diri Mia pada masa hadapan... Sesungguhnya yang baik adalah daripada Pencipta, yang buruk adalah daripada yang dicipta... 
Terima kasih... (^_^)